Sejak menetap di Terengganu, saya berasa diri sudah terlalu selesa dengan kehidupan yang sederhana. Kerja tidak seberat di Kuala Lumpur dan terlampau banyak masa lapang. Ingin mencuba sesuatu yang baru, saya menyertai dropship MommyHana dan selepas merasakan yang produk MommyHana ini kena dengan Jiwa saya, saya ingin upgrade kehidupan saya disampaing membantu orang ramai dengan produk MommyHana.

Wan Dalilah

Saya ingin join mommyhana kerana saya ingin menambah pendapatan saya. Gaji kerja sekarang memang tak cukup untuk tampung kehidupan saya. Saya ingin bawak keluarga saya buat haji dan umrah.Saya nak tolong adik beradik yang susah dan kalau boleh nak berhenti kerja selewatnya 40 tahun dan tengok anak membesar depan mata

Anis Rameli

Dapat membantu keluarga saya hidup dalam keadaan bahagia dan jauh dari hutang. Dapat memberi sahaja apa permintaan yang diminta oleh mak dan ayah suatu hari nanti.

Dapat menjaga team yang ada supaya tidak keluar dari menjual produk mommyhana.

Ahmad Rabbani

Saya bukanlah asal dari keluarga yang lahir terus tidur atas duit. Saya kena teruskan bisnes ini sampailah family saving untuk diri sendiri dan juga anak-anak terjamin. Kita takkan tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang, tapi kita perlu bersedia untuk apa saja kemungkinan yang berlaku pada masa depan.

Zatiha Nani Ishak

Kak Zana nak tambah aset tanah,nak tunai umrah tahun 2021,nak bagi mak ayah rm1000 sebulan,nak bawak family ke Legoland,Melancong Sefamily Naik flight, khatam Al Quran paling kurang sekali tahun ni.

Roziyana

Gaji sebagai cikgu bukan tak cukup tapi senang kata duduk di Selangor ni cukup-cukup makan sahaja. Tapi, bila buat bisnes, saya dapat gunakan duit bisnes bila ada perkara yang tak diingini berlaku. Contoh, anak saya operation perlukan cash 7k+. Anak saya perlukan udara bersih dan perlukan penapis udara, saya dapat beli secara cash. Alhamdulillah selagi nyawa adaInshaallah saya takkan berhenti dari bisnes Mommyhana.

Maizattul Aqilah

BIG WHY saya ialah anak-anak saya dan slip gaji saya. Saya nak lihat anak-anak mendapat pendidikan terbaik. Saya nak lihat slip gaji saya bebas bebanan hutang iaitu loan peribadi. Target saya 3 tahun lagi dah clear dari “pemotongan loan peribadi”.Setelah join mommyhana saya dapat membeli kereta cash dan dapat melancong ke Vietnam bersama suami

Salwani Suhaimi

Tambah pendapatan suami yang pendapatannya tidak tentu, jadi saya perlu ada income lain untuk membantunya. Kos terapi anak yang naik mendadak. Selain itu, dapat membantu orang lain bila-bila masa sahaja dan dengan ekonomi sekarang yang tidak menentu.Selepas join mommyhana saya dapat membantu anak saya yang ada autisme, jadi saya nampak buku itu boleh membantu dia dalam pelajaran dan sebagainya

Eka Mazli

Keinginan saya adalah ingin mengubah keluarga saya, ingin membahagiakan anak-anak dan suami. Ingin membanggakan arwah abah dan arwah mama saya kerana di dunia saya tak sempat membalas jasa mereka.Impian ingin menjadi wanita yang berjaya dalam keluarga. Harapan ingin menambah baik rumah dan memiliki kereta baru untuk keselesaan keluarga.

Juwa Najla

Ingin bahagiakan mak, suami, anak anak dan keluarga terdekat. Boleh berbelanja untuk diorang tak kira masa (dari segi
keselesaan, rawatan, percutian). Menolong seramai mungkin orang miskin dan anak anak yatim. Membantu surirumah
keluar dari zone selesa dan bantu mereka menjana income sendiri

Suraya Zainal